Tuesday, December 27, 2011

HUBUNGI KAMI

NASIR : 013 950 4974
 

Sunday, June 20, 2010

URUT TRADISIONAL DI KUALA TERENGGANU



SAKIT BELAKANG
SAKIT PINGGANG
TERSELIUH
LENGUH-LENGUH
KEBAS KAKI
STRESS

Salam,

Seperti juga kereta, badan kita juga memerlukan penyelenggaraan berkala dan juga pembaikan serta-merta (seperti terseliuh dan sebagainya).

Ramai orang bertangguh-tangguh ataupun mengabaikan tentang kesihatan fizikal tubuh badan kita.

Tahukah anda bahawa, kecederaan dalaman (urat atau muscle) akibat daripada terjatuh seumpamanya jika tidak dirawat awal, akan memberi kesan kepada tubuh badan kita apabila usia meningkat.

Saturday, June 19, 2010

Refleksologi Kaedah Perubatan Kuno

Refleksologi adalah seni pemulihan semula jadi yang berasaskan kepada prinsip asas iaitu tangan, kaki dan telinga dipercayai ada kaitan dan memberi gerak balas terhadap seluruh anggota, kelenjar dan organ badan.

Mengurut sebenarnya memberi tekanan kepada titik refleks dan urutan ini akan meredakan ketegangan serta memperbaiki edaran darah yang secara tidak langsung merangsang anggota berkenaan untuk berfungsi dengan baik.

Orang zaman dulu melakukan refleksologi dengan berjalan di atas batu kerikil atau permukaan bumi yang kasar — untuk mengembali dan mengekalkan keseimbangan badan.Namun, dalam keadaan sekarang, kita boleh lakukan sendiri refleksologi dengan berjalan berkaki ayam di atas batu refleksologi yang banyak di pusat riadah dan rekreasi.

Ada orang mengaitkan kalau sakit berjalan di atas batu ini, tanda banyak penyakit, tetapi kesahihan dakwaan ini masih belum dapat dipastikan.

Harus diingat, refleksologi bukan kaedah untuk mengenalpasti atau mengubati penyakit, tetapi ia mampu mengurangkan simptom dan meredakan kesakitan mahupun ketidakselesaan fizikal disebabkan tekanan, trauma atau penyakit.

Refleksologi adalah kaedah perubatan kuno yang diamalkan di China, India dan Mesir sejak beribu-ribu tahun.

Lukisan dinding Mesir kuno yang dijumpai di Saqqara dalam piramid Ankhmahor (doktor Mesir kuno) menunjukkan dua lelaki mengurut tangan dan kaki lelaki lain. Malah, kaedah sama diamalkan penduduk asli Amerika Utara dan semakin popular di Eropah dan Amerika Syarikat.

Apa kebaikan refleksologi?

Pertama, ia boleh meredakan tekanan, sama ada disebabkan kerja, masalah peribadi mahupun persekitaran. Tekanan yang tidak terkawal bukan saja merangsang masalah fikiran, tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan penyakit sedia ada semakin mudarat.

Kedua, walaupun makin ramai mengamalkan pemakanan sihat dan memilih makanan organik, tetapi masalah kesihatan tetap muncul. Malah, tidak ramai berjaya mengekalkan corak pemakanan begini.Kekurangan zat tertentu dan kesan tekanan boleh mengganggu sistem pertahanan badan. Di sinilah refleksologi dikatakan dapat membantu membenarkan badan melakukan penyembuhan sendiri dan mengembalikan fungsi organ ke tahap normal.

Ketiga, di samping menjalani perubatan moden, ramai juga memilih rawatan alternatif untuk mendapatkan kesihatan menyeluruh. Ubat tradisional Barat menjurus kepada rawatan khusus untuk satu-satu penyakit atau simptom, sedangkan refleksologi pula adalah kaedah penjagaan kesihatan yang tidak menggunakan ubat. Ia hanya memerlukan teknik urutan untuk merangsang mekanisma badan semula jadi untuk berfungsi dengan cekap.Refleksologi berasaskan kepercayaan setiap bahagian kaki adalah cermin kepada anggota badan (kaki kiri untuk anggota belah kiri dan kaki kanan pula menggambarkan anggota kanan badan). Contohnya, ibu jari dianggap cermin kepada kepala dan tapak kaki pula adalah anggota badan.Walaupun refleksologi sesuai untuk semua peringkat umur dan kesihatan, tetapi jika mengalami masalah darah beku atau luka pada tapak kaki, anda disaran mendapatkan rawatan moden untuk mengatasinya terlebih dulu.

Antara soalan yang kerap diajukan mengenai refleksologi adalah :Adakah ia menyakitkan?

Ia perlu dialami sendiri. Kali pertama mungkin sakit tetapi bak kata orang, alah bisa tegal biasa. Refleksologi tidak menyakitkan, tetapi boleh menyebabkan ketidakselesaan sedikit.

Bagaimana ia boleh menyegarkan seseorang?

Sebagaimana kaedah tradisional lain seperti urut, akupuntur, tai chi dan ayurveda, refleksologi memberi kesan lebih kurang sama — boleh merangsang tidur lebih nyenyak dan selera makan. Ini secara tidak langsung dapat memberi tenaga kepada seseorang.Ada yang mendakwa refleksologi boleh membantu masalah sembelit. Bagaimana perkara ini boleh berlaku tidak dapat diterangkan, tetapi ini antara kriteria utama menyebabkan ramai pengusaha berlumba-lumba menghasilkan mesin refleksologi elektrik.

Refleksologi bukan hanya pada kaki, ia juga boleh dilakukan pada tangan tetapi kaedah ini kurang popular.

Mengapa urut kaki lebih popular dan menyeronokkan? Ada pengamal refleksologi mendakwa ia boleh memperbaiki mood kerana bahagian otak yang berhubung dengan kaki terletak bersebelahan dengan bahagian yang menghubungkan alat kelamin!

Bagaimanapun, kesan refleksologi berbeza antara individu. Jika anda mengalami masalah sakit kaki, disarankan lebih baik supaya mendapatkan pemeriksaan doktor terlebih dulu kerana ia mungkin disebabkan masalah lain.

Lagi info tentang REFLEKSOLOGI di SINI.

Wednesday, June 16, 2010

FAKTA & KEBAIKAN REFLEXOLOGY

FAKTA REFLEKSOLOGI

Refleksologi bermaksud terapi pengurutan tapak kaki untuk merangsang dan mengesan penyakit berpunca daripada urat saraf, ia telah wujud lebih dari 5000 tahun dahulu dalam budaya Mesir, China dan India.

Ia merupakan kaedah penyembuhan yang berkesan, efektif, selamat, murah, tidak perlu makan ubat tahan sakit dan tiada suntikan atau tusukan kedalam badan.

Melaluinya, ia bukan sahaja dapat membantu membenarkan badan melakukan penyembuhan sendiri, tetapi turut melancarkan perjalanan darah, menghilangkan lenguh serta melegakan tekanan.

KEBAIKAN REFLEKSOLOGI

Kesan-kesan yang dialami oleh tiap-tiap individu berbeza dan ia memberi kesan positif kepada proses penyembuhan dengan izin Allah S.W.T.

• Buang angin dalam badan
• Membantu dan menambahkan aktiviti buang air besar dan kecil.
• Mengurangkan imsonia- sukar tidur
• Migrain.
• Kaki kebas dan lenguh
• Tekanan atau stress
• Meredakan sakit pinggang, sakit belakang dan kepenatan bekerja.
• Simptom loya/sakit kepala, selsema
• Membuang toksin
• Lebih bertenaga
• Meningkatkan kesuburan dsbnya.

JAZAKALLAH KHAYR


Alhamdulillah, Pusat Urut Refleksologi (Suakaki Reflexology Centre, berhampiran SHELL Batu Buruk) telah selamat dibuka secara rasminya pada 15 Jun 2010.


Sekalung penghargaan kepada pelanggan pertama kami iaitu En. Johar daripada Suria Printing (kedai blue print terkenal di Kuala Terengganu) yang telah memberi kepercayaan kepada kami.


Beliau juga telah membawa 2 orang lagi kawan beliau untuk mendapat urutan refleksologi di pusat ini.


Tidak lupa juga kepada Pok Nor (Hj.) yang mengimami majlis salat hajat pada 13 jun yang lepas , saudara Fauzi (PERTIS) serta rakan-rakan yang lain.


Yang penting sekali kepada Kak Roha dan Khairi iaitu pakar urut refleksologi yang juga ahli Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Wilayah Terengganu.


JAZAKALLAH KHAYR